Selasa, 20 Disember 2011

Kayuhan 14 Oktober 2011 - pertama kali kayuh tanpa tidur Skudai - Tanjung Piai - Skudai

Tarikh : 14/10/2011
Masa : 9:00 pm (14/10/2011) - 8:30 am (15/10/2011)
Kayuhan : Mutiara Rini - Lima Kedai - Ulu Pulai- pekan Nanas - Tanjung Piai - Mutiara Rini

Makanan ringan, buah-buahan dan air yang dibawa sewaktu kayuhan Mutiara Rini - Tanjung Piai - Mutiara Rini (130 km):-

1. Roti gardenia.
2. Telur rebus
3. Epal
4. Kurma
5. Pisang
6. Coklat Cloud 9
7. Air 100 Plus
8. Garam anti dehydration - boleh diperolehi di farmasi dengan harga 60 sen sekeping
9. Air (Sekurang-kurangnya 3 botol seorang 750 ml x 3)

Mengenai khasiatnya saya membawa roti gardenia baki dari rumah untuk saya makan sewaktu belum lapar didalam perjalanan bersama telur rebus sebiji dan epal pada pit stop pertama sewaktu kebocoran basikal LHT Hj Ezam. Alhamdulillah dapat meneruskan perjalanan berikutnya.

Rehat di Permas dengan jarak seterusnya sejauh 23 km saya makan roti, telur, minum MILO bersama kurma yang dibawa oleh Hj Talib dan Epal serta pisang dan tambah air sebotol untuk bekalan ke Tanjung Piai.

Dalam perjalanan pulang kami berhenti di Tenggayun dan saya bedal lagi satu biji telur dan minum air. Bancuhan garam anti dehydration Alhamdulillah amat berkesan untuk mengelakkan kita cramp dan kekurangan air.

Apabila tiba di Masjid Pekan Nanas untuk solat suboh berjemaah selepas solat terus sarapan pagi dengan burasak dan ikan asam pedas serta Milo untuk menampung kayuhan seterusnya sehingga ke Mutiara Rini.

Kalau ada sesiapa nak tambah mengenai khasiat pemakanan di atas silakanlah.

PENGALAMAN PERIBADI BERSAMA DARUL TAKZIM RANDONNEURS

Pengalaman peribadi selepas membuat kayuhan jarak sederhana untuk dikongsi bersama. Ini adalah pengalaman peribadi bersama DTR rider yang kerap membuat kayuhan jarak sederhana di kawasan sekitar Skudai dan Pontian.

1. Pastikan set up basikal adalah yang paling terbaik untuk badan sendiri seperti ketinggian tempat duduk, aras selesa 'handlebar' dan pastikan tayar mempunyai tekanan angin yang cukup.
2. Kemahiran menggunakan gear dengan ratio yang sesuai juga amat penting sekiranya laluan perjalanan mempunyai variasi ketinggian.
3. Bagi yang menggunakan basikal cap ayam macam saya jangan risau, ia adalah yang terbaik untuk anda. Pastikan ianya memenuhi kriteria anda dan sentiasa nampak ok di mata anda.
4. Bawa basic tool set untuk kerja-kerja luar jangka.
5. Sentiasa memastikan kawan didepan dan belakang kita dalam keadaan selamat.
6. Bawa air dan pisang.
7. Pakai helmet.
8. Lampu depan dan 'blinker' perlu ada.
9. Bagi yang ingin membawa barang pastikan ada rack yang sesuai atau gunakan backpack bag.
10. Kayuhan ini bukan perlumbaan, tujuan kita adalah untuk melalui perjalanan kayuhan yang selamat dari point A ke point B.
11. Tunggu dan kumpulkan ahli kumpulan di setiap check point.
12. Sekiranya melalui jalan awam yang sibuk lengkapkan basikal dengan side mirror.
14. Jangan bawa duit yang banyak. Bawa sekadar untuk membeli keperluan dalam tempoh perjalanan.
15. Pastikan ahli keluarga kita tahu hala tuju kita.
16. Bawa handphone untuk berhubung dengan kawan-kawan lain. Boleh update 'facebook' untuk beri lapuran pada ahli kumpulan yang tidak turut serta dalam kayuhan tersebut.

Ok sehingga berjumpa lagi.

DARUL TAKZIM RANDONNEURS - WE PROMOTE CYCLO TOURISM

KAYUHAN TRANS JOHOR DALAM PERANCANGAN DTR



Perancangan bagi tahun 2012, kami bercadang untuk membuat kayuhan trans johor dengan melalui laluan skudai-kulai-bandar tenggara-kluang-mersing- endau. Seterusnya akan pulang ke JB melalui laluan endau-telok gorek-air papan-mersing-jemaluang-kota tinggi-johor bahru-skudai.

Cadangan kayuhan selama 3 hari dan 2 malam.

Ahad, 18 Disember 2011

Barang-barang koleksi Raja Bangalore Suatu ketika dahulu.

Gambar-gambar ini diambil di Istana Bangolore pada 18/12/2011, Seketika mempunyai peluang jalan-jalan di Bangalore Palace. Bayaran masuk 400 Rupee dan jika bawa mobile phone kena tambah bayar 250 Rupee.





Jumaat, 9 Disember 2011

S240: Sub 24 Hours Overnight JB-Batu Pahat-JB

Pada malam ini selepas isya' pukul 9.00 malam ahli-ahli DTR akan melakukan s24o dari Mutiara Rini ke Batu Pahat dan dari Batu Pahat ke Mutiara Rini semula. keesokan paginya. Dijangka sampai ke Mutiara Rini semula sebelum pukul 6 petang keesokan harinya.


Antara gambar-gambar kenangan:






















Musim basikal hilang

Huh sekarang ni menjadi-jadi pulak musim basikal kena curi. Dalam pagar pun kena curi.
Kepada ahli-ahli DTR, dinasihatkan agar dapat menyimpan basikal mahal masing-masing dalam rumah.
Itulah agak leceh sikit mungkin yela lain la kalau dirumah ada garrage boleh keluar masuk senang.

Tapi nak buat fully closed garrage agak mahal jugak, nak tak nak basikal kena simpan dalam rumah atau store rumah.

Isnin, 5 Disember 2011

Bersama sertai kayuhan anjuran Forest Cycle + Jab. Imigresen Malaysia




Choy dengan rakan barunya Ady Minhad (Maswan) sedang berkongsi pengalaman di Puteri Harbour, Nusajaya sempena kayuhan pada 4 Disember 2011 anjuran Forest Cycle Gelang Patah.

Jumaat, 2 Disember 2011

BICYCLE TOURING SOCIETY




"We promote Cyclo-tourism"

Inilah fuji hybrid kesayanganku yang aku gunakan bagi memenuhkan aktiviti hujung minggu bersama-sama rakan DTR yang berkongsi minat yang sama. Bersandarkan kepada beskal inilah aku jadikannya sebagai platform untuk mengimpikan satu touring bike yang sebenar. Sedikit modifikasi kepada stem dan handlebar telah aku lakukan
berserta dengan "brooks saddle" ianya amat menggembirakan aku ketika berkayuh jauh. Kita tunggu huraian rakan-rakan yang lain didalam ulasan beskal masing-masing.

Inilah sebahagian rakan-rakan yang akan aku kenalkan kepada pembaca nanti. Mereka inilah yang memeriahkan persada berbeskal DTR Johor. Ada yang besar, kecil, rendah dan tinggi kami semua berkongsi minat yang sama.



















Selamat Datang Ke DTR...

Selamat datang ke Blog DTR. Blog ini masih perlu dikemaskini dari semasa ke semasa ini termasuk antaramuka dan template.

Sekian,
/nansah