Sabtu, 3 Mac 2012

Fuji Hybrid Ku


Aku dan basikal ku. Transformasi terkini berlandaskan Fuji Hybrid ini aku rasakan amat sesuai sekali dengan jiwa aku. Beberapa keperluan ala kadar telah aku sempurnakan bagi kegunaan aku bersama rakan-rakan DTR untuk berkayuh. Tambahan handlebar bag yang diperolehi dari Rodalink nampak selesa dimataku. Ingin aku menjadikan aktiviti ini didalam mengasah semula bakat tumpul aku didalam fotografi sekiranya diberi keizinan oleh Allah SWT.



Photocyling diawal pagi di kawasan kediaman menunjukkan kedamaian didalam meneruskan kehidupan ini, peluang merekodkan detik-detik putaran hari diwaktu mula terbit matahari. Subhanallah Maha Suci Allah. Aku merasakan kerdilnya aku dibumi ini.