Sabtu, 3 Mac 2012

Fuji Hybrid Ku


Aku dan basikal ku. Transformasi terkini berlandaskan Fuji Hybrid ini aku rasakan amat sesuai sekali dengan jiwa aku. Beberapa keperluan ala kadar telah aku sempurnakan bagi kegunaan aku bersama rakan-rakan DTR untuk berkayuh. Tambahan handlebar bag yang diperolehi dari Rodalink nampak selesa dimataku. Ingin aku menjadikan aktiviti ini didalam mengasah semula bakat tumpul aku didalam fotografi sekiranya diberi keizinan oleh Allah SWT.



Photocyling diawal pagi di kawasan kediaman menunjukkan kedamaian didalam meneruskan kehidupan ini, peluang merekodkan detik-detik putaran hari diwaktu mula terbit matahari. Subhanallah Maha Suci Allah. Aku merasakan kerdilnya aku dibumi ini.

Isnin, 30 Januari 2012

Recce menawan Kota Bharu rabu 25/1/2012

Start perjalanan lebih kurang pukul 9 pagi selepas sarapan. Perjalanan dari Tanah Merah ke Kota Baru Kemudian U-turn kembali ke Tanah Merah. Perjalanan pergi melalui Pasir Mas-Salor-Kota Bharu kemudian perjalan balik Kota Bharu-Bandar Pasir Mas lama- Tanah Merah. Jarak ditempoh hanya 86 km.

Lebih kurang pukul 11.00 sampai di Kota  Bharu, pusing-pusing tangkap-tangkap gambar kemudian balik semula melaui TESCO Kota Bharu terus menyeberangi sungai ke Pasir Mas.

Sampai semula di Tanah Merah wakto Zohor lebih kurang pukul 1.45 petang. Tapi sebelum tu pit stop di Pasir Mas untuk makan buah.






Khamis, 12 Januari 2012

KAYUHAN BERSAMA RISM (ROYAL INSTITUTE OF SURVEYORS MALAYSIA)

Dimaklumkan kayuhan bersama RISM ke Kampong Pendas Laut akan diadakan pada 14/1/2012 bermula dari Balai Polis Mutiara Rini. Seramai 20 orang telah mendaftarkan di laman facebook Darul Takzim Randonneurs setakat 12/1/2012. Kayuhan ini bertujuan untuk merapatkan ahli-ahli RISM bersama dengan rakan dari profesion lain seperti Arkitek, Jurutera, penjawat awam, peniaga dan lain-lain. Akhir kata kayuhan ini adalah kayuhan santai dan bagi mereka yang pertama kali berkayuh jauh kami ahli-ahli DTR akan sentiasa bersama anda.

Selasa, 20 Disember 2011

Kayuhan 14 Oktober 2011 - pertama kali kayuh tanpa tidur Skudai - Tanjung Piai - Skudai

Tarikh : 14/10/2011
Masa : 9:00 pm (14/10/2011) - 8:30 am (15/10/2011)
Kayuhan : Mutiara Rini - Lima Kedai - Ulu Pulai- pekan Nanas - Tanjung Piai - Mutiara Rini

Makanan ringan, buah-buahan dan air yang dibawa sewaktu kayuhan Mutiara Rini - Tanjung Piai - Mutiara Rini (130 km):-

1. Roti gardenia.
2. Telur rebus
3. Epal
4. Kurma
5. Pisang
6. Coklat Cloud 9
7. Air 100 Plus
8. Garam anti dehydration - boleh diperolehi di farmasi dengan harga 60 sen sekeping
9. Air (Sekurang-kurangnya 3 botol seorang 750 ml x 3)

Mengenai khasiatnya saya membawa roti gardenia baki dari rumah untuk saya makan sewaktu belum lapar didalam perjalanan bersama telur rebus sebiji dan epal pada pit stop pertama sewaktu kebocoran basikal LHT Hj Ezam. Alhamdulillah dapat meneruskan perjalanan berikutnya.

Rehat di Permas dengan jarak seterusnya sejauh 23 km saya makan roti, telur, minum MILO bersama kurma yang dibawa oleh Hj Talib dan Epal serta pisang dan tambah air sebotol untuk bekalan ke Tanjung Piai.

Dalam perjalanan pulang kami berhenti di Tenggayun dan saya bedal lagi satu biji telur dan minum air. Bancuhan garam anti dehydration Alhamdulillah amat berkesan untuk mengelakkan kita cramp dan kekurangan air.

Apabila tiba di Masjid Pekan Nanas untuk solat suboh berjemaah selepas solat terus sarapan pagi dengan burasak dan ikan asam pedas serta Milo untuk menampung kayuhan seterusnya sehingga ke Mutiara Rini.

Kalau ada sesiapa nak tambah mengenai khasiat pemakanan di atas silakanlah.

PENGALAMAN PERIBADI BERSAMA DARUL TAKZIM RANDONNEURS

Pengalaman peribadi selepas membuat kayuhan jarak sederhana untuk dikongsi bersama. Ini adalah pengalaman peribadi bersama DTR rider yang kerap membuat kayuhan jarak sederhana di kawasan sekitar Skudai dan Pontian.

1. Pastikan set up basikal adalah yang paling terbaik untuk badan sendiri seperti ketinggian tempat duduk, aras selesa 'handlebar' dan pastikan tayar mempunyai tekanan angin yang cukup.
2. Kemahiran menggunakan gear dengan ratio yang sesuai juga amat penting sekiranya laluan perjalanan mempunyai variasi ketinggian.
3. Bagi yang menggunakan basikal cap ayam macam saya jangan risau, ia adalah yang terbaik untuk anda. Pastikan ianya memenuhi kriteria anda dan sentiasa nampak ok di mata anda.
4. Bawa basic tool set untuk kerja-kerja luar jangka.
5. Sentiasa memastikan kawan didepan dan belakang kita dalam keadaan selamat.
6. Bawa air dan pisang.
7. Pakai helmet.
8. Lampu depan dan 'blinker' perlu ada.
9. Bagi yang ingin membawa barang pastikan ada rack yang sesuai atau gunakan backpack bag.
10. Kayuhan ini bukan perlumbaan, tujuan kita adalah untuk melalui perjalanan kayuhan yang selamat dari point A ke point B.
11. Tunggu dan kumpulkan ahli kumpulan di setiap check point.
12. Sekiranya melalui jalan awam yang sibuk lengkapkan basikal dengan side mirror.
14. Jangan bawa duit yang banyak. Bawa sekadar untuk membeli keperluan dalam tempoh perjalanan.
15. Pastikan ahli keluarga kita tahu hala tuju kita.
16. Bawa handphone untuk berhubung dengan kawan-kawan lain. Boleh update 'facebook' untuk beri lapuran pada ahli kumpulan yang tidak turut serta dalam kayuhan tersebut.

Ok sehingga berjumpa lagi.

DARUL TAKZIM RANDONNEURS - WE PROMOTE CYCLO TOURISM

KAYUHAN TRANS JOHOR DALAM PERANCANGAN DTR



Perancangan bagi tahun 2012, kami bercadang untuk membuat kayuhan trans johor dengan melalui laluan skudai-kulai-bandar tenggara-kluang-mersing- endau. Seterusnya akan pulang ke JB melalui laluan endau-telok gorek-air papan-mersing-jemaluang-kota tinggi-johor bahru-skudai.

Cadangan kayuhan selama 3 hari dan 2 malam.

Ahad, 18 Disember 2011

Barang-barang koleksi Raja Bangalore Suatu ketika dahulu.

Gambar-gambar ini diambil di Istana Bangolore pada 18/12/2011, Seketika mempunyai peluang jalan-jalan di Bangalore Palace. Bayaran masuk 400 Rupee dan jika bawa mobile phone kena tambah bayar 250 Rupee.