Selasa, 20 Disember 2011

Kayuhan 14 Oktober 2011 - pertama kali kayuh tanpa tidur Skudai - Tanjung Piai - Skudai

Tarikh : 14/10/2011
Masa : 9:00 pm (14/10/2011) - 8:30 am (15/10/2011)
Kayuhan : Mutiara Rini - Lima Kedai - Ulu Pulai- pekan Nanas - Tanjung Piai - Mutiara Rini

Makanan ringan, buah-buahan dan air yang dibawa sewaktu kayuhan Mutiara Rini - Tanjung Piai - Mutiara Rini (130 km):-

1. Roti gardenia.
2. Telur rebus
3. Epal
4. Kurma
5. Pisang
6. Coklat Cloud 9
7. Air 100 Plus
8. Garam anti dehydration - boleh diperolehi di farmasi dengan harga 60 sen sekeping
9. Air (Sekurang-kurangnya 3 botol seorang 750 ml x 3)

Mengenai khasiatnya saya membawa roti gardenia baki dari rumah untuk saya makan sewaktu belum lapar didalam perjalanan bersama telur rebus sebiji dan epal pada pit stop pertama sewaktu kebocoran basikal LHT Hj Ezam. Alhamdulillah dapat meneruskan perjalanan berikutnya.

Rehat di Permas dengan jarak seterusnya sejauh 23 km saya makan roti, telur, minum MILO bersama kurma yang dibawa oleh Hj Talib dan Epal serta pisang dan tambah air sebotol untuk bekalan ke Tanjung Piai.

Dalam perjalanan pulang kami berhenti di Tenggayun dan saya bedal lagi satu biji telur dan minum air. Bancuhan garam anti dehydration Alhamdulillah amat berkesan untuk mengelakkan kita cramp dan kekurangan air.

Apabila tiba di Masjid Pekan Nanas untuk solat suboh berjemaah selepas solat terus sarapan pagi dengan burasak dan ikan asam pedas serta Milo untuk menampung kayuhan seterusnya sehingga ke Mutiara Rini.

Kalau ada sesiapa nak tambah mengenai khasiat pemakanan di atas silakanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan