Selasa, 20 Disember 2011

PENGALAMAN PERIBADI BERSAMA DARUL TAKZIM RANDONNEURS

Pengalaman peribadi selepas membuat kayuhan jarak sederhana untuk dikongsi bersama. Ini adalah pengalaman peribadi bersama DTR rider yang kerap membuat kayuhan jarak sederhana di kawasan sekitar Skudai dan Pontian.

1. Pastikan set up basikal adalah yang paling terbaik untuk badan sendiri seperti ketinggian tempat duduk, aras selesa 'handlebar' dan pastikan tayar mempunyai tekanan angin yang cukup.
2. Kemahiran menggunakan gear dengan ratio yang sesuai juga amat penting sekiranya laluan perjalanan mempunyai variasi ketinggian.
3. Bagi yang menggunakan basikal cap ayam macam saya jangan risau, ia adalah yang terbaik untuk anda. Pastikan ianya memenuhi kriteria anda dan sentiasa nampak ok di mata anda.
4. Bawa basic tool set untuk kerja-kerja luar jangka.
5. Sentiasa memastikan kawan didepan dan belakang kita dalam keadaan selamat.
6. Bawa air dan pisang.
7. Pakai helmet.
8. Lampu depan dan 'blinker' perlu ada.
9. Bagi yang ingin membawa barang pastikan ada rack yang sesuai atau gunakan backpack bag.
10. Kayuhan ini bukan perlumbaan, tujuan kita adalah untuk melalui perjalanan kayuhan yang selamat dari point A ke point B.
11. Tunggu dan kumpulkan ahli kumpulan di setiap check point.
12. Sekiranya melalui jalan awam yang sibuk lengkapkan basikal dengan side mirror.
14. Jangan bawa duit yang banyak. Bawa sekadar untuk membeli keperluan dalam tempoh perjalanan.
15. Pastikan ahli keluarga kita tahu hala tuju kita.
16. Bawa handphone untuk berhubung dengan kawan-kawan lain. Boleh update 'facebook' untuk beri lapuran pada ahli kumpulan yang tidak turut serta dalam kayuhan tersebut.

Ok sehingga berjumpa lagi.

DARUL TAKZIM RANDONNEURS - WE PROMOTE CYCLO TOURISM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan